Dalam menjalankan perniagaan, perancangan masa adalah elemen yangamat penting. Dengan pengurusan masa yang bijak, usahawan dapatmelakukan lebih banyak perkara dalam waktu yang diberikan. Ianyadikatakan setiap manusia mempunyai 24 jam yang sama dalam masasehari. Ianya bergantung kepada kita bagaimana kita menguruskanwaktu 24 jam kita yang membezakan kejayaan seseorang.Berikut adalah 3 kunci merancang masa:






Kunci #1: Rancang hari anda pada malam sebelumnya

Dalam pengurusan masa, lebih banyak anda merancang, lebih banyakmasa dapat dijimatkan. Rancang keesokan hari anda pada harisebelumnya. Sebelum masuk tidur, ambil sekeping kertas dan tuliskansegala aktiviti yang anda perlu lakukan untuk esok hari.Perancangan sebegini akan memudahkan kerja yang dilakukan keesokanhari.Ianya dikatakan bahawa, 10% daripada masa anda ambil untukmerancang masa, anda akan menjimat 90% daripada masa anda dalammenyelesaikan sesuatu pekerjaan.Seringkali juga digalakkan merancang pada malam sebelumnya olehkerana ketika tidur, minda anda umpama bersedia untuk menangni hariyang baru yang penuh dengan perancangan. Kerja akan lebih sempurnadan tersusun dengan merancang pada hari sebelumnya.



Kunci #2: Senarai mengikut kepentingan

Salah satu cara yang sering disarankan dalam mengurus masa adalahmenyenaraikan apa yang anda perlu lakukan. Langkah seteruisnya adalah, pada senarai tersebut, tandakan A, B, Cdan D disebelah segala aktiviti anda mengikut kepentingan. TandakanA pada perkara yang penting untuk anda lakukan. B pada perkara yangkurang penting, tetapi, masih perlu di lakukan. C pada perkara yangkurang penting, dan D pada perkara yang tidak penting langsung.Sering kali apabila anda menyiapkan senarai mengikut kepentinganini, anda akan dapat lihat di manakan keutamaan anda perlu tumpukanterlebih dahulu. Aktiviti yang di tandakan D boleh di pangkahdaripada senarai anda oleh kerana ianya tidak penting. Mungkinsekiranya anda mempunyai masa, anda boleh lakukannya sepertimenonton TV atau bermain computer game.Aktiviti yang ditandakan C mungkin boleh diagihkan kepada oranglain. Ataupun, mungkin boleh dilakukan sekali gus dengan aktiviti B.Manakala, aktiviti A pula adalah keutamaan anda di mana anda perlumemberi tumpuan pada awal hari anda. Lakukan aktiviti-aktiviti andamengikut senarai kepentingan. Daripada A, sehingga C. Sekiranya adamasa, dan pastinya dengan mengamalkan pengurusan masa di dalamaudio ini, anda akan mendapat banyak masa terluang untuk melakukanperkara D!Rancangkan hari anda. Hari yang tidak dirancang adalah hari yanganda merancang untu gagal dalam menguruskan masa!



Kunci #3. Prinsip 80-20

Prinsip yang dihasilkan oleh Vilfredo Pareto mengatakan bahawa 20%daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalahuntuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain,produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaatanda? Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategibagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudahbersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasantersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda datamenyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yangbenar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerjatersebut sudah 80% siap!Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepadakerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perluhiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang samaiaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perludiambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasanyang lain.Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepaskesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasanasal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan andasudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.Gabungkan ketiga-tiga kunci merancang masa ini dan anda pastiteruja dengan kecekapan anda menangani masa dalam menjalankanperniagaan ada!-Irfan KhairiUntuk lagi tip perniagaan, kewangan & kejayaan,
Lawatilah>>




Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
+Azizi Ali, Jurulatih jutawan
+Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
+Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
+Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
+Dato’ Hussamuddin, Pengasas Karangkraf
+Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan
+Irfan Khairi, Jutawan Internet